KUBUR LAMA KAMPUNG MONG GAJAH “MUNCUL” KEMBALI, WARIS ADAKAN BACAAN TAHLIL
Penyusutan paras air di Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang menyebabkan tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah yang dipercayai berusia 100 tahun di dasar tasik berkenaan jelas kelihatan sejak awal bulan ini.
KUALA NERANG: Penyusutan paras air di Tasik Pedu, dekat sini menyebabkan tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah yang dipercayai berusia 100 tahun di dasar tasik berkenaan jelas kelihatan sejak awal bulan ini.
Keadaan itu membolehkan kira-kira 300 waris kampung itu, selain penduduk setempat menziarahi kubur terbabit dan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bagi mendoakan mereka yang disemadikan di situ.
Ismail Md Daud, 62, berkata arwah datuknya merupakan antara yang dikebumikan di tanah perkuburan itu.
“Bapa saya Md Daud Hassan pernah tinggal di Kampung Kuala yang terletak berhampiran dengan Kampung Mong Gajah. Kampung Kuala juga ditenggelamkan seperti Kampung Mong Gajah untuk projek Empangan Pedu.
“Tapi bapa saya telah berpindah dari Kampung Kuala kerana dikatakan terdapat banyak penyakit misteri di kampung terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu di sini pada Sabtu.
Bagi imam Kampung Tong Pelu dekat sini Mohamad Khori Idris, 58, majlis berkenaan diadakan bagi menghimpunkan waris penduduk Kampung Mong Gajah dan kampung berhampiran, termasuk yang kini tinggal di Batu Kurau, Perak.
“Ramai yang datang ke sini seperti pada 2020 apabila paras air tasik turut menyusut sehingga menampakkan kubur lama di sini. Keadaan ini bukan hanya beri peluang kepada waris, tetapi juga penduduk setempat untuk mengadakan aktiviti riadah seperti berkhemah di sini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Hamid yang turut menyertai majlis tahlil dan doa selamat itu berkata terdapat kira-kira 15 kampung di kawasan itu yang ditenggelamkan untuk projek Empangan Pedu pada 1960-an.
Beliau berkata perkuburan lama di situ sebelum ini tidak dipindahkan berikutan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana usia perkuburan itu yang sangat lama.
“Kita mendoakan kesejahteraan bagi mereka yang disemadikan di sini, selain itu kita juga berdoa semoga kawasan tasik ini kembali dilimpahi air untuk disalurkan bagi kegunaan domestik dan pertanian di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.
Setakat hari ini, laman web Lembaga Pertanian Muda (MADA) menyatakan paras air di Empangan Pedu berada pada tahap 33.21 peratus, manakala dua lagi empangan di bawah kendaliannya iaitu Empangan Muda dan Empangan Ahning, masing-masing mencatatkan paras 7.80 peratus dan 78.50 peratus.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests