Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUKUH AKIDAH MELALUI RIWAYAT AKHIR ZAMAN

DALAM NEGARA

KUKUH AKIDAH MELALUI RIWAYAT AKHIR ZAMAN

KUALA LUMPUR: Antara perkara yang akan terjadi pada akhir zaman berdasarkan hadis Rasulullah SAW ialah agama Islam akan menjadi asing atau amalannya dianggap tidak sesuai mengikut peredaran zaman.

“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu? Rasulullah SAW menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis tersebut, pada akhir zaman golongan yang melakukan kebaikan dan bertakwa kepada Allah SWT akan dianggap asing oleh orang sekeliling.

Situasi tersebut seakan sudah dapat dilihat kini apabila ada individu yang semakin berani memandang negatif kepada para ilmuan agama atau individu yang melakukan kebaikan.

Pada akhir zaman juga orang yang melakukan kebaikan dan jujur akan didustakan dengan fitnah yang berleluasa.

Sabda Rasulullah SAW, “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

“Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Penjelasan dengan lebih mendalam berkenaan dengan peristiwa akhir zaman akan diceritakan melalui sebuah program baharu terbitan TV AlHijrah, Riwayat Akhir Zaman.

Program itu akan memperincikan peristiwa akhir zaman yang masih menjadi persoalan dan dianggap cerita-cerita karut oleh sebahagian manusia yang berpegang dengan ilmu dunia tanpa didasari iman.

Riwayat Akhir Zaman juga diharap dapat memperkukuhkan akidah umat Islam dalam mendepani peristiwa-peristiwa besar yang bakal berlaku menerusi perkongsian ajaran Islam sebenar.

Saksikan Riwayat Akhir Zaman setiap Jumaat bermula 20 Ogos 2021, pada jam 7.30 malam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

2 Comments

2 Comments

  1. AHMAD BIN MD YASIN

    21 August 2021 at 11:22 AM

    Assalam minta pihak tadbir tlng Buat suara biasa d masa huraain yg d baca setiap lepas ust jeffry

  2. Nor Azimah Abd Aziz

    30 August 2021 at 6:09 PM

    Di mana nak tonton siaran ulangan jika bukan di tv?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading