Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BERSIDANG BINCANG PM KE-9

DALAM NEGARA

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BERSIDANG BINCANG PM KE-9

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadual berlangsung pada jam 2.30 petang hari ini dijangka akan membincangkan berkenaan calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Semalam, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap 114 ahli Parlimen secara berperingkat susulan penyerahan surat akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara berkenaan calon perdana menteri yang baharu, pada 18 Ogos Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN – AGONG PERKENAN ISMAIL SABRI DILANTIK PERDANA MENTERI KE-9

Mereka yang dipanggil menghadap adalah Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta ahli Parlimen Bebas.

ARTIKEL BERKAITAN – ANGKAT SUMPAH PM KE-9 BERLANGSUNG 2.30 PETANG ESOK

Bagaimanapun, ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan selainnya tidak dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda, setakat semalam.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini mengingatkan ketua dan wakil parti-parti politik yang menang seharusnya bekerjasama dengan pihak yang tidak berjaya dan bersedia bekerja dalam sepasukan demi memastikan keamanan dan keharmonian negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: ANGKAT SUMPAH PM KE-9 BERLANGSUNG 2.30 PETANG ESOK – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading