Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DIDAKWA KELAR LEHER ISTERI HINGGA MATI

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DIDAKWA KELAR LEHER ISTERI HINGGA MATI

Gambar hiasan.

IPOH: Seorang warga emas didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya dengan mengelar leher mangsa, dalam satu kejadian di Gopeng, minggu lalu.

Namun prosiding kes terpaksa dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) Ipoh kerana tertuduh, Lim Hon Koi 72 tahun sedang menerima rawatan radang usus.

Mengikut pertuduhan, Hon Koi didakwa mengelar leher Chan Moy 74 tahun sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, Gopeng.

Kejadian tersebut berlaku antara jam 8 malam pada 8 Ogos sehingga jam 7.30 pagi 9 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Hon Koi selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa kantonis.

Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh kemudian menetapkan tarikh 30 September depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan kimia dan toksikologi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di bilik bawah sebuah rumah dua tingkat.

Terdapat kesan kelar di leher mangsa serta sebilah pisau yang berada di sebelah mayat dipercayai digunakan dalam kejadian itu.—AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading