KUTIPAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2023 MELEBIHI RM1 BILION
PUTRAJAYA: Kutipan keseluruhan zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun lepas meningkat 11 peratus kepada lebih RM1.03 bilion berbanding RM937 juta pada 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) menunjukkan hasil kutipan zakat tahun 2023 Wilayah Persekutuan pada sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2023 Wilayah Persekutuan hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Kutipan keseluruhan zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun lepas meningkat 11 peratus kepada lebih RM1.03 bilion berbanding RM937 juta pada 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jumlah pembayar zakat pada 2023 juga meningkat sebanyak satu peratus kepada 1.85 juta orang berbanding 1.83 juta orang pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata zakat pendapatan menyumbang kutipan tertinggi tahun lepas iaitu 68 peratus atau RM702 juta, diikuti zakat perniagaan sebanyak 16 peratus atau RM165 juta, manakala baki terdiri daripada zakat wang simpanan, zakat harta, fitrah, qada dan lain-lain.
“Saluran bayaran melalui potongan gaji menjadi pilihan utama pembayar yang telah menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan kutipan iaitu sebanyak RM519 juta,” katanya dalam sidang media Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2023 di sini hari ini.
Pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Mohd Na’im berkata saluran kaunter PPZ-MAIWP pula mengutip sebanyak RM175 juta, portal PPZ-MAIWP merekodkan RM132 juta dan kutipan daripada ejen mencecah RM61 juta.
Setakat Disember tahun lepas, beliau berkata MAIWP telah mengagihkan RM952.27 juta dana zakat kepada lapan golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif termasuk skim bantuan zakat, al-Wakalah, institusi pendidikan dan kebajikan, prasarana umat Islam, perbelanjaan penyelenggaraan prasarana dan amil.
Mohd Na’im berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat ialah strategi pemasaran dan promosi berterusan yang dilaksanakan PPZ-MAIWP berjaya menarik minat dan memupuk kesedaran berzakat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, kepelbagaian saluran bayaran dan Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat telah berjaya menarik minat pembayar baharu dan pembayar sedia ada untuk mengekalkan dan menambah bayaran zakat, katanya.
Mohd Na’im berkata kutipan wakaf tunai bagi 2023 turut meningkat sebanyak 162 peratus kepada RM6.64 juta dengan jumlah pewakaf sebanyak 14,635 orang berbanding RM2.53 juta pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, RM4.5 juta adalah melalui kutipan wakaf khas dan bakinya RM2.1 juta menerusi kutipan wakaf am, katanya.
Saluran yang menjadi pilihan pembayar wakaf adalah melalui kaunter PPZ iaitu sebanyak 33 peratus atau RM2.1 juta, manakala melalui ejen yang dilantik ialah RM1.3 juta, tabung masjid RM1.1 juta, dan selebihnya melalui kaunter kelompok, portal PPZ, potongan gaji dan saluran lain, katanya.
Mohd Na’im berkata pada tahun ini, MAIWP menyasarkan keseluruhan kutipan zakat dan wakaf tunai sebanyak RM1.12 bilion dengan jumlah bilangan pembayar 1.96 juta orang.
Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya berkata MAIWP telah menaikkan kadar bantuan barangan keperluan asasi daripada RM150 kepada RM300 sebulan berkuat kuasa bulan ini.
“Bantuan barangan keperluan asasi yang disalurkan menerusi aplikasi dompet elektronik ketua keluarga, merupakan bantuan tambahan kepada wang tunai yang diterima mereka.
“Kami menganggarkan lebih 30,000 keluarga yang akan mendapat manfaat daripada bantuan keperluan barangan asasi ini,” katanya. — AlHijrah Online
SUMBER: BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests