LAPORAN: TENTERA ISRAEL LAKUKAN 16 PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SEHARI SEJAK 7 OKT
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengeluarkan dapatan itu dalam satu kenyataan yang memberikan butiran pengeboman selama 190 hari yang dilakukan Israel di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
ISTANBUL: Tentera Israel melakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari secara purata di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas dalam serangan yang dilakukan mereka selama lebih enam bulan, menurut Kerajaan Gaza.
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengeluarkan dapatan itu dalam satu kenyataan yang memberikan butiran pengeboman selama 190 hari yang dilakukan Israel di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kenyataan itu tentera Israel telah melakukan 2,973 pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023.
Laporan itu menyatakan sepanjang serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, 14,560 kanak-kanak dan 9,582 wanita maut.
Selain itu 7,000 individu sama ada terperangkap di bawah runtuhan atau hilang dengan hospital mencatat 33,686 kematian dan 76,309 individu cedera.
Dilaporkan 72 peratus daripada mereka yang terdedah kepada serangan Israel di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
Diketengahkan juga di Gaza, tindakan Israel telah menyebabkan kebuluran, satu krisis kemanusiaan yang muncul akibat sekatan ke atas bantuan kemanusiaan.
Natijahnya, 30 kanak-kanak mati kerana pemakanan tidak seimbang dan penyahhidratan.
Ia turut menyatakan tentera Israel telah melancarkan lebih 70,000 tan bahan letupan ke atas Gaza sejak 7 Okt, menyasarkan bukan hanya orang awam tetapi juga sektor penjagaan kesihatan.
Serangan tidak berhenti-henti itu mengakibatkan kematian 485 petugas penjagaan kesihatan dan 66 anggota pertahanan awam di Gaza.
Serangan Israel juga turut mengorbankan 140 wartawan dan menyebabkan 17,000 kanak-kanak di Gaza hidup tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa.
Terdapat 11,000 orang yang cedera dan memerlukan rawatan segera di luar negara dan 10,000 pesakit kanser berhadapan kematian kerana perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi.
Tempat perlindungan yang sesak dengan warga Palestin kehilangan tempat tinggal mengalami 1,089,000 kes penyakit berjangkit dan 8,000 kes Hepatitis A.
Lebih 60,000 wanita mengandung di Gaza tidak dapat penjagaan kesihatan dan 350,000 orang dengan penyakit kronik menghadapi risiko kematian disebabkan kekurangan rawatan perubatan, menurut laporan itu.
Laporan itu menyatakan tentera Israel telah menahan lebih daripada 5,000 warga Palestin sejak serangan awalnya di Gaza.
Tentera Israel juga menahan 310 petugas penjagaan kesihatan dan 20 wartawan selain dua juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk sebanyak 2.3 juta.
Lebih 70,000 rumah musnah sepenuhnya dan sejumlah 290,000 rumah lagi rosak dan tidak boleh dihuni, menurut pejabat media itu.
Tentera Israel memusnahkan 171 kemudahan kerajaan dan 100 sekolah dan universiti sementara 305 sekolah dan universiti rosak sebahagiannya.
Tentera Israel juga memusnahkan 233 masjid sepenuhnya, merosakkan 301 masjid dan menyasarkan serta memusnahkan tiga gereja.
Ia menyatakan Israel menyasarkan 159 institusi penjagaan kesihatan di Gaza, mengakibatkan 53 pusat penjagaan kesihatan dan 32 hospital tidak dapat berfungsi serta 126 ambulans tidak dapat digunakan lagi.
Israel juga menyasarkan warisan kebudayaan Palestin, memusnahkan 203 aset kebudayaan dan bersejarah di Gaza, menurut laporan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked