LARANGAN AHLI POLITIK CERAMAH DI MASJID, SURAU BANTU REDAKAN SUHU POLITIK – FAHMI
Fahmi berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
JOHOR BAHRU: Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
Beliau berkata ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk meredakan gejala ekstremis politik yang semakin meluas di negara ini sehingga berpotensi menimbulkan persepsi ketidakstabilan kerajaan sekaligus mengurangkan kepercayaan pelabur.
“Arahan larangan yang dikenakan kepada ahli politik khususnya di kawasan masjid itu adalah satu usaha yang saya lihat dapat bantu redakan (suhu politik) dan KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) juga akan mainkan peranan untuk tingkatkan kesedaran peri pentingnya hormat undang-undang ini.
“Sebab kita ke masjid untuk beribadah bukan berpolitik, jadi politik tu biarlah di luar dan jangan salah gunakan mana-mana pentas dan ruang yang tidak sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam bersama pengurusan dan agensi-agensi di bawah KKD di RTM Johor di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
Media sebelum ini melaporkan negeri Terengganu dan Perak mengumumkan larangan kepada mana-mana individu yang mempunyai keterlibatan di dalam politik untuk menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau bagi menjaga kemuliaan institusi keagamaan daripada sebarang unsur politik.
Fahmi berkata usaha meredakan suhu politik negara bersekali dengan membendung gejala ekstremis politik itu penting dalam memastikan kestabilan politik dan Kerajaan Persekutuan tidak diganggu.
“Kestabilan politik dan kerajaan persekutuan itu penting dalam menarik keyakinan pelabur luar, contohnya pelaburan oleh AWS (Amazon Web Services) itu ternoktah kerana keyakinan mereka kepada kestabilan negara kita.
“Kalau nak dikatakan kenapa tak tandatangan sebelum ini, kerana ketika itu (kerajaan terdahulu) tak stabil tapi Alhamdulillah kestabillan itulah yang didambakan bukan hanya pelabur tapi rakyat… jadi sama-sama kita bangunkan negeri dan negara ini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests