Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 100 SERANGAN UDARA ISRAEL DI GAZA CITY DALAM TEMPOH SEJAM

DUNIA

LEBIH 100 SERANGAN UDARA ISRAEL DI GAZA CITY DALAM TEMPOH SEJAM

GAZA CITY: Tentera Israel melancarkan lebih 100 serangan udara ke atas Gaza City dalam tempoh kurang sejam pada Ahad, membunuh dan mencederakan ramai penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Serangan Israel di Gaza – AFP

GAZA CITY: Tentera Israel melancarkan lebih 100 serangan udara ke atas Gaza City dalam tempoh kurang sejam pada Ahad, membunuh dan mencederakan ramai penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Serangan ganas itu menyasarkan pelbagai kawasan di bandar itu, serentak dengan gangguan komunikasi dan internet.

Pengeboman itu turut memusnahkan sebuah blok kediaman di kem pelarian Al-Shati menyebabkan ramai penduduk terbunuh.

Serangan yang menyasarkan kawasan di barat laut, tengah dan barat daya Gaza City itu tidak pernah berlaku sebelum ini sejak konflik terbaru tercetus. 

Ambulans juga tidak dapat memasuki kawasan yang diserang. 

Serangan bom itu menyasarkan kawasan berdekatan dengan Kompleks Perubatan Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, serta kawasan kediaman, jalan raya, kawasan pelabuhan bandar dan pelbagai kawasan dari barat laut hingga barat daya Gaza.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin serta Syarikat Telekomunikasi Palestin, Paltel dilaporkan berkata Israel memutuskan semua jenis perkhidmatan komunikasi dari Semenanjung Gaza, kejadian ketiga dalam tempoh kira-kira 10 hari. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading