LEBIH 2,000 ORANG HILANG, GAZA PERLUKAN SEGERA PASUKAN PERTAHANAN AWAM
KUALA LUMPUR: Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
Antara kesan runtuhan bangunan yang dibedil Israel. – AFP
KUALA LUMPUR: Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
“…kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
“Agensi pertahanan awam kami tidak dapat menggeluarkan mereka, selain tidak dapat menangani serangan udara bertubi-tubi, kemusnahan dan pengeboman berlaku di setiap kawasan di Semenanjung Gaza,” kata Ketua Dasar Awam di Pejabat Perdana Menteri Gaza Dr. Abdullah Waleed kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp.
Dr. Abdullah berkata keperluan untuk mewujudkan pertahanan awam yang mampu bertindak balas dalam menangani bencana buatan manusia itu amat mendesak.
“Pertahanan awam semakin diperlukan sekarang, terutama tahap kemusnahan dan jumlah korban di Gaza sejak 7 Okt lepas tidak dapat dibandingkan dengan pencerobohan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata tiada lagi tempat selamat di wilayah yang dikepung itu, dengan tentera penceroboh Israel melakukan serangan hampir setiap jam, setiap hari tanpa henti.
“Kehidupan rakyat amat derita. Mereka hanya menggunakan apa sahaja yang ada dan jika boleh pergi ke kedai, susah untuk dapatkan barangan makanan.
“Anda hanya boleh dapat satu paket roti untuk dimakan 10 atau 20 ahli keluarga. Hanya sekeping roti untuk setiap orang sehari…,” katanya.
Di sebalik tekanan, kebimbangan dan keletihan, Abdullah berkata penduduk Gaza terus tabah, setelah mengalami kesusahan hampir setiap hari selama beberapa dekad.
“Mereka berpegang teguh pada akidah dan saya percaya inilah yang menjadikan mereka sangat kuat dan berazam untuk berjuang mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan,” katanya.
Beliau berkata walaupun tidak ada tanda-tanda gencatan senjata antara Israel dan pihak Palestin, penduduk di Gaza terharu dengan sokongan yang diberikan dari seluruh dunia untuk perjuangan Palestin.
Rakyat Palestin mengharapkan lebih banyak sokongan daripada dunia Arab dan Islam, kenyataan dan pendirian yang lebih padu dan berani terhadap kekejaman berterusan Israel.
“Misalnya, dunia Arab akan mengisytiharkan mereka tidak akan mengeksport minyak ke negara yang menyokong Israel.
“Tindakan ini akan memaksa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel supaya menghentikan kekejaman yang sedang berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa beberapa negara Arab perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Beliau berkata penduduk Gaza turut memuji Malaysia yang menunjukkan solidariti yang padu ke atas Palestin dan berharap negara-negara lain akan mengikuti langkah yang sama dalam menyokong Palestin.
“NGO Malaysia telah melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang penting sejak sekian lama dan mereka adalah antara pertubuhan aktif utama di seluruh dunia yang menyokong perjuangan Palestin,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.