Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 200 MAUT, RATUSAN CEDERA KERETA API BERTEMBUNG DI INDIA

DUNIA

LEBIH 200 MAUT, RATUSAN CEDERA KERETA API BERTEMBUNG DI INDIA

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh manakala 900 lagi cedera akibat kemalangan kereta api di wilayah Odisha India pada petang Jumaat,” menurut ciapan ketua setiausaha wilayah Pradeep Jena, di Twitter.

Pasukan penyelamat giat mencari mangsa terselamat
(Gambar: AFP)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh manakala 900 lagi cedera akibat kemalangan kereta api di wilayah Odisha India pada petang Jumaat,” menurut ciapan ketua setiausaha wilayah Pradeep Jena, di Twitter.

Sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Presiden India Draupadi Murmu melahirkan rasa dukacita dan berkongsi kesakitan dan kehilangan orang tersayang.

“Semoga mangsa yang cedera segera pulih,” menurut ciapan Perdana Menteri Narendra Modi.

 Beliau memberi jaminan bahawa “semua bantuan yang sewajarnya” akan diberi kepada mereka yang terjejas.– Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading