PM SERU TINGKAT USAHA NAIK TARAF, INDAHKAN MEDAN SELERA, GERAI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kerajaan negeri supaya mempunyai dasar dan perancangan jelas dalam usaha menaik taraf dan mengindahkan gerai dan warung seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menikmati juadah makanan bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh (kiri) pada majlis perasmian D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kerajaan negeri supaya mempunyai dasar dan perancangan jelas dalam usaha menaik taraf dan mengindahkan gerai dan warung seluruh negara.
Katanya beliau telah berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Menteri Besar dan Ketua Menteri, agar pihak berwajib berkenaan mempunyai dasar yang sama dalam membangun kemudahan medan selera, gerai atau warung yang menyumbang kepada pendapatan rakyat terbanyak.
“Saya telah bincang dan jelaskan mengenai hasrat kerajaan kepada Menteri Besar, Ketua Menteri berkaitan usaha membangun kemudahan rakyat terbanyak ini, asasnya adalah untuk mengangkat martabat serta memberi penghormatan ihsan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Saya harap dalam beberapa bulan ini kita dapat lihat kerajaan negeri dan juga majlis perbandaran berkaitan keluar dengan rencana sendiri mengenai usaha membangun kemudahan ini di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan medan selera D’Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini.
Hadir sama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Anwar berkata dasar dan perancangan yang jelas amat penting dalam usaha menukar wajah suram medan selera, gerai dan warung secara menyeluruh di seluruh negara, seiring usaha yang sedang digiatkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menaik taraf serta mengindahkan gerai penjaja di sekitar kawasan ibu negara.
Perdana Menteri berkata pendekatan yang memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan bagi golongan berpendapatan rendah adalah bukti perbezaan sikap Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan sebelum ini yang lebih mengutamakan pembangunan projek mega yang pastinya tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat terbanyak ini.
“Kita harus ucap terima kasih atas apa jua kebaikan yang dibuat kerajaan terdahulu, tetapi sebagaimana sering saya tegaskan, Kerajaan Perpaduan ini lebih utamakan keprihatinan kepada kelompok rakyat terbanyak.. ini beza kita dengan kerajaan sebelum ini.
“Sikap prihatin kepada kelompok terbanyak ini perlu menjadi tanggungjawab setiap daripada kita, sama ada di dalam kerajaan, penjawat awam atau ahli Parlimen, agar MADANI tidak sekadar menjadi slogan kosong semata-mata,” katanya.
Sementara itu Anwar berkata beliau berpuas hati dengan program yang dilaksanakan DBKL dalam mengindahkan gerai penjaja di sekitar kawasan ibu negara.
Menjadikan pembangunan semula medan selera D’Anjung Selera MADANI sebagai contoh, Perdana Menteri berkata langkah menaik taraf pusat yang mempunyai 24 unit gerai dilengkapi kemudahan asas yang selesa, kondusif dan bersih itu adalah bertepatan dengan matlamat yang digariskan beliau dalam menukar wajah Kuala Lumpur sejak mengetuai kerajaan pada November tahun lepas.
“Masa kita ambil alih kerajaan dulu, saya beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur bahawa saya mahu aspek kebersihan menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam cadangan pengindahan medan selera, gerai, pusat penjaja yang menjadi tempat mencari rezeki rakyat terbanyak.
“Setakat ini saya berpuas hati dengan pembangunan Kuala Lumpur, dan saya mahu dalam tempoh kurang tiga tahun ini, puluhan projek seperti ini (D’Anjung Selera MADANI) dapat dilaksanakan bukan sahaja di ibu negara tetapi juga di seluruh negara,” katanya.
Di bawah Program Lestari Niaga @Kuala Lumpur, D’Anjung Selera MADANI telah ditambah baik dengan pembinaan semula 24 gerai berkunci dan tiga unit kiosk, dilengkapi kemudahan surau, tandas, rumah sampah yang lebih kondusif serta 48 petak parkir kenderaan.
Sempena perasmian, Anwar turut mengumumkan kadar sewa premis perniagaan itu diturunkan kepada RM200 berbanding RM400 yang dikenakan sebelum ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.