Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 350 DITAHAN DI MESIR BANTAH AL-SISI

DUNIA

LEBIH 350 DITAHAN DI MESIR BANTAH AL-SISI

ISTANBUL: Lebih 350 individu ditahan di Mesir dalam gelombang terbaru membantah pemerintahan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi.

Laporan Anadolu Agency yang memetik Suruhanjaya Hak dan Kebebasan Mesir (ECRF) berkata, seramai 356 ditahan sejak bantahan bermula Jumaat lalu.

Aktivis dan peguam hak asasi Mesir, Mahienour El-Masry adalah antara mereka yang ditahan selain wartawan dan pelajar.

Ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Kaherah dan beberapa bandar lain pada Jumaat lalu bagi membantah pemerintahan Al-Sisi yang merampas tampuk pimpinan Mesir pada 2014 daripada Allahyarham Presiden Mohamed Morsi yang dipilih secara demokratik.

Bantahan itu susulan gesaan ahli perniagaan dan pelakon, Mohamed Ali, yang menuntut Al-Sisi dan tentera melepaskan kuasa kerana tuduhan terbabit dalam korupsi. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading