Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL HALANG PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK GAZA

DUNIA

ISRAEL HALANG PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK GAZA

GAZA CITY: Rejim Israel menafikan permit perjalanan kepada pemain dalam pasukan bolasepak Gaza yang akan menyertai perlawanan menentang kelab lawan dalam sebuah kejohanan bolasepak di Tebing Barat.

Pasukan Khadamat Rafah dijadualkan menentang Balata FC di Tebing Barat pada Rabu ini.

Namun tanpa permit perjalanan dari Israel, perlawanan itu tidak mungkin berlangsung seperti dijadualkan.

“Kami fikir ini bukti jelas kezaliman Israel, tetapi di pihak kami akan tetap membangkitkan hal ini kepada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) di setiap peringkat.

“Kami berkeras yang ini hak kami dan akan mencuba sedaya upaya bagi memastikan pasukan ini meneruskan perlawanan,” kata Pengerusi Persatuan Bolasepak Palestin, Jibril Rajoub kepada agensi berita Associated Press.

Halangan kepada pasukan bolasepak Palestin itu menyerlahkan cabaran harian yang terpaksa dilalui warga Gaza di bawah kepungan rejim Israel sejak 2007.

Bermodalkan alasan keselamatan, Israel mengehadkan pergerakan warga Palestin di Gaza, termasuk pelajar dan pesakit, yang perlu memohon permit perjalanan dari wilayah terkepung itu ke Tebing Barat.

Pusingan pertama perlawanan akhir diadakan di Gaza pada awal tahun ini dan perlawanan pusingan kedua, yang telah ditangguhkan sejak dua bulan lalu kerana masalah permit perjalanan pemain, dijadualkan pada Rabu ini.

Pemenang bagi perlawanan akhir itu akan meneruskan persaingan di Liga Kejuaraan Asia. — Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading