LEBIH 49,000 PENGGUNA MANFAAT PERKHIDMATAN PERCUMA BAS.MY – LOKE
Perkhidmatan bas percuma BAS.MY, yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada warga emas, pelajar sekolah, mahasiswa dan orang kurang upaya (OKU) telah memanfaatkan 49,611 orang setakat Ogos ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas percuma BAS.MY, yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada warga emas, pelajar sekolah, mahasiswa dan orang kurang upaya (OKU) telah memanfaatkan 49,611 orang setakat Ogos ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata secara keseluruhan, 78 peratus daripada pengguna yang menikmati perkhidmatan bas percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY adalah warga emas, diikuti pelajar (13 peratus), OKU (enam peratus) dan mahasiswa (tiga peratus).
“Perkhidmatan BAS.MY di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti memberi tumpuan di kawasan ibu negeri dan sekitarnya, khususnya di luar Lembah Klang.
“Setakat Oktober 2025, perkhidmatan BAS.MY telah beroperasi di kawasan Kangar, Kota Setar, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuching. Perkhidmatan ini juga sedang diperkenalkan secara berfasa di Kota Kinabalu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu jumlah pengguna Kad Konsesi BAS.MY mengikut negeri serta pecahan peratusan pemegang kad berkenaan mengikut kategori.
Loke berkata jumlah pengguna Kad Konsesi BAS.MY paling tinggi adalah di Johor Bahru iaitu 16,832 pengguna, diikuti Kuching (10,215), Ipoh (7,304), Seremban (6,310) dan Melaka (4,668).
Menjawab soalan tambahan Khoo mengenai kekurangan kemudahan perhentian bas, beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memastikan penyediaan kemudahan tersebut dapat diperluas ke seluruh negara bagi meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.
Beliau berkata walaupun usaha ke arah itu sedang dijalankan, masih terdapat kekangan dari segi peruntukan dan sumber memandangkan penyediaan perhentian bas turut memerlukan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).
Loke berkata MOT kini melaksanakan model kerjasama awam-swasta yang membolehkan syarikat swasta menaja serta menyelenggara perhentian bas dengan memaparkan iklan di lokasi berkenaan sebagai pertukaran.
“… bukan semua perhentian bas itu perlu dibina oleh pihak kerajaan ataupun PBT. Kita juga boleh menyediakan tapak dan memang Kementerian Pengangkutan sekarang ini mereka satu program supaya syarikat swasta boleh adopt perhentian bas ini.
“Ini sudah tentu akan memberikan satu kerjasama menang-menang kepada semua pihak. Saya harap perhentian bas dan laluan pejalan kaki ini akan terus diperkasakan di peringkat lapangan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests