Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITEMUKAN MATI DALAM LONGKANG BERDEKATAN RUMAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

LELAKI DITEMUKAN MATI DALAM LONGKANG BERDEKATAN RUMAH TERBAKAR

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

SIBU: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut, Sibu malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

Beliau berkata panggilan kebakaran telah diterima pada jam 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, terus digerakkan ke lokasi.

“PKO menemukan lelaki tersebut di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai telah terkena renjatan elektrik, kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya dalam kenyataan awal pagi hari ini.

Ngu berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading