Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REJIM ZIONIS LANCAR SERANGAN UDARA SEJURUS PENGUMUMAN GENCATAN SENJATA

DUNIA

REJIM ZIONIS LANCAR SERANGAN UDARA SEJURUS PENGUMUMAN GENCATAN SENJATA

Menurut laporan Al-Jazeera, kelegaan penduduk Palestin setelah mendengar pengumuman gembira dari Doha itu terhenti selepas tentera Zionis bertindak meneruskan serangan.

GAZA: Kegembiran rakyat Palestin meraikan keputusan gencatan senjata di Gaza terbantut selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara dengan menyasarkan hospital, tempat perlindungan dan kediaman orang awam.

Menurut laporan Al-Jazeera, kelegaan penduduk Palestin setelah mendengar pengumuman gembira dari Doha itu terhenti selepas tentera Zionis bertindak meneruskan serangan.

“Sejurus selepas pengumuman itu, pesawat pejuang Israel memusnahkan kegembiraan rakyat Palestin dengan menyerang itu untuk rakyat dengan hospital, tempat perlindungan dan rumah secara terus dari udara,” katanya.

Wartawan Al-Jazeera yang berada di Hospital al-Aqsa berkata, ketika laporan itu masih ditulis, serangan masih berjalan.

Terdahulu, detik-detik kegembiraan dalam kalangan penduduk Palestin yang mengharungi peperangan ini selama 467 hari telah dilaporkan oleh media.

Rakyat Gaza terutamanya penduduk di kawasan utara yang terkesan, mereka harus menghadapi perpindahan, kelaparan, pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading