Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DITEMBAK DI DALAM KERETA

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DITEMBAK DI DALAM KERETA

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pada kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa, Kuching untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka. 

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, Kuching pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pada kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa, Kuching untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka. 

“Dua lelaki terbabit telah membawa rakan mereka (mangsa yang ditembak) ke balai dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian mangsa yang merupakan penumpang semasa kejadian tembakan itu berlaku.

“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Sylvarius melalui talian 013-863 7241. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading