Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DITEMBAK DI STESEN MINYAK KLANG DIKEHENDAKI BAWAH SOSMA

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DITEMBAK DI STESEN MINYAK KLANG DIKEHENDAKI BAWAH SOSMA

Polis mengesahkan mangsa kes tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang dekat sini Jumaat lepas merupakan individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

‎SHAH ALAM: Polis mengesahkan mangsa kes tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang dekat sini Jumaat lepas merupakan individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

‎‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga memiliki beberapa rekod jenayah lain. 

‎‎Beliau berkata siasatan setakat ini menjurus kepada pelbagai aspek mengambil kira latar belakang mangsa dan tujuh keterangan telah diambil membabitkan isteri serta keluarganya selain saksi kejadian.

‎‎”Siasatan masih dijalankan… bedah siasat telah selesai dan punca kematian ialah kecederaan akibat beberapa das tembakan di bahagian dada serta perut, dan jasad telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya. 

‎‎Shazeli berkata demikian pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor. 

Sebelum ini, Shazeli berkata insiden pada kira-kira 11 malam itu menyaksikan seorang suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta dan terkena bahagian hadapan badan mangsa yang juga seorang penganggur.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading