Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT KERETA TERBALIK DALAM PARIT

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT KERETA TERBALIK DALAM PARIT

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas selepas terbalik ke dalam parit, di Jalan Parit 11, Pasir Panjang di Sekinchan, pagi tadi.

SEKINCHAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas selepas terbalik ke dalam parit, di Jalan Parit 11, Pasir Panjang di sini pagi tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.50 pagi tadi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbabas dan terbalik ke dalam parit.

“Mangsa yang berusia 30-an telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading