Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, LAMBORGHINI TERBABAS SEBELUM TERBAKAR

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, LAMBORGHINI TERBABAS SEBELUM TERBAKAR

Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kereta Lamborghini yang terbabas sebelum terbakar, di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di Bentong, pagi tadi.

BENTONG: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kereta Lamborghini yang terbabas sebelum terbakar, di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 9.06 pagi.

“Kejadian melibatkan dua mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbakar 100 peratus.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu telah tersepit di dalam kereta manakala seorang perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan salur bantu mula, sumber air tangki pam jentera.

Bagaimanapun pemandu yang tersepit telah disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading