Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HAMAS, KETUA PERISIKAN MESIR BINCANG GENCATAN SENJATA GAZA

DUNIA

HAMAS, KETUA PERISIKAN MESIR BINCANG GENCATAN SENJATA GAZA

Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu.

Ismail Haniyeh

GAZA CITY: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Kamel untuk membincangkan “perkembangan terbaharu mengenai rundingan bagi mencapai gencatan senjata,” menurut kenyataan Hamas.

Ketua perisikan Mesir itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada Haniyeh atas kematian kakaknya dan beberapa anggota keluarga dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City minggu lalu.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai perantara setakat ini gagal mencapai persetujuan yang membolehkan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak.

Lebih 37,800 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 86,800 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading