Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERBABAS LANGGAR LORI PENGOREK-KAUT

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERBABAS LANGGAR LORI PENGOREK-KAUT

Mangsa Lushan Paulraj A/L Joseph Selwadurai, 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tersepit di dalam kereta jenis sedan.

KAPAR: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pengorek-kaut di Jalan Haji Abdul Manan, Klang dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa Lushan Paulraj A/L Joseph Selwadurai, 22 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tersepit di dalam kereta jenis sedan.

Seorang lagi mangsa, Ari Krishnan A/L Rajoo, pemandu lori backhoe, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.19 pagi dan sepasukan empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis perodua Bezza dipandu mangsa dan sebuah jentera berat backhoe. Pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba pada 5.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Proses mengeluarkan mangsa yang tersebit melibatkan penggunaan peralatan khas Road Traffic Accident dan scoop stretcher.

Ashrul Riezal berkata mangsa yang tidak sedarkan diri itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading