Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 17 KONDOMINIUM SELEPAS TIKAM ISTERI

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 17 KONDOMINIUM SELEPAS TIKAM ISTERI

Dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

“Lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium tersebut dan ditemukan mati berhampiran kolam renang tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isteri kepada lelaki berkenaan berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading