Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MENINGGAL DUNIA SEMASA SERTAI AKTIVITI KORBAN DI LUMUT

DALAM NEGARA

LELAKI MENINGGAL DUNIA SEMASA SERTAI AKTIVITI KORBAN DI LUMUT

Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.

IPOH: Seorang lelaki meninggal dunia semasa menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan, Lumut pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa disahkan mengalami serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata pihaknya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan orang ramai membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading