Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ORANG AWAM DI GAZA DISERANG HEBAT KETIKA CUBA DAPATKAN MAKANAN DI PUSAT BANTUAN: AGENSI PBB

DUNIA

ORANG AWAM DI GAZA DISERANG HEBAT KETIKA CUBA DAPATKAN MAKANAN DI PUSAT BANTUAN: AGENSI PBB

UNRWA dalam satu kenyataan memetik keterangan seorang mangsa terselamat Palestin daripada serangan ke atas sebuah pusat agihan di Rafah yang ditubuhkan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dengan sokongan Amerika Syarikat dan Israel atas nama bantuan kemanusiaan.

ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu melaporkan bahawa orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza diserang hebat oleh tentera Israel ketika cuba mendapatkan makanan di pusat agihan bantuan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

UNRWA dalam satu kenyataan memetik keterangan seorang mangsa terselamat Palestin daripada serangan ke atas sebuah pusat agihan di Rafah yang ditubuhkan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dengan sokongan Amerika Syarikat dan Israel atas nama bantuan kemanusiaan.

Kenyataan itu menyatakan bahawa rakyat Palestin yang kelaparan dan terdesak mencari makanan kini terdedah kepada serangan hebat oleh tentera Israel di pusat agihan tersebut yang digambarkan sebagai pusat bantuan, sekali gus mengancam nyawa mereka.

Ramai daripada mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas terselamat daripada serangan.

UNRWA turut menegaskan keperluan mendesak untuk menyambung semula pengagihan bantuan kepada penduduk Gaza secara selamat, dan menekankan bahawa ia mesti disalurkan melalui agensi PBB termasuk UNRWA sendiri.

Sejak 27 Mei, tentera Israel melancarkan serangan ke atas zon. agihan yang diwujudkan atas nama bantuan kemanusiaan oleh GHF yang disokong Israel dan AS.

Pasukan Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang berkumpul di lokasi agihan dalam “zon penampan” yang diwujudkan oleh Israel.

Menurut data daripada Pejabat Media di Gaza, antara 27 Mei hingga 6 Jun, tentera Israel melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin di pusat agihan, mengorbankan 110 orang dan mencederakan 583 yang lain.

Mayat sembilan rakyat Palestin masih belum ditemukan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading