LELAKI PUTUS TANGAN BERGADUH DENGAN JIRAN GUNA PARANG, PEDANG SAMURAI
JITRA: Seorang lelaki putus tangan kiri selepas dilibas jirannya dengan parang, di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 2.10 petang tadi berlaku selepas suspek dan mangsa berperang mulut.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati bertindak mengeluarkan sebilah pedang samurai lalu melibas dan mengenai tangan kiri mangsa sehingga putus.
Laporan penuh dalam Berita Alhijrah 20 September.—AlHijrah Online