Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI UGUT, ACU PISAU KEPADA PEMANDU LORI

DALAM NEGARA

LELAKI UGUT, ACU PISAU KEPADA PEMANDU LORI

Suspek turun dari lori dengan membawa sebilah pisau terus mengugut pengadu dengan kata-kata ‘U tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’.

KLANG: Polis menahan seorang lelaki yang melakukan cubaan mengugut dengan mengacukan pisau kepada seorang pemandu lori, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian yang dibuat mangsa berumur 30an pada jam 5.15 petang semalam.

“Dia memaklumkan semasa memandu lori di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, kenderaannya dipintas dan ditahan secara tiba-tiba oleh sebuah lori yang dipandu suspek.

“Suspek kemudiannya turun dari lori dengan membawa sebilah pisau terus mengugut pengadu dengan kata-kata ‘U tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Suspek berumur 40an itu ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tambah Vijaya, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkenaan pencurian motosikal di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan suspek ditahan reman selama tiga hari,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading