PERSEDIAAN AWAL KKM HADAPI COVID-19, MONKEYPOX TIDAK MEMUNGKINKAN NEGARA LAKSANA PKP, KAWALAN SEMPADAN
Persediaan awal yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 dan kebarangkalian penularan jangkitan monkeypox dalam negara tidak memungkinkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun kawalan sempadan negara.
KUALA LUMPUR: Persediaan awal yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 dan kebarangkalian penularan jangkitan monkeypox dalam negara tidak memungkinkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun kawalan sempadan negara.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini jangkitan monkeypox dan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara masih terkawal.
“Dari laporan KKM tadi semua dalam keadaan terkawal, mereka pantau dengan ada langkah yang mereka telah dan sedang ambil… yang agak merunsingkan sebab banyak negara lain ada peningkatan kes tetapi di Malaysia ada sedikit namun tidak mengganggu usaha yang sedang dibuat untuk mengawal keadaan.
Tadi juga ada disebutkan tentang monkeypox namun keadaannya terkawal di Malaysia. Dari penjelasan KKM tadi, mereka sudah bersedia dengan pengalaman lebih dua tahun uruskan pandemik COVID-19 beri mereka banyak pengajaran, mereka sudah ambil segala langkah perlu, kita harap tidak akan berulang semula cerita-cerita dahulu yang sebabkan kita terpaksa kawal sempadan atau kenakan PKP,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kali ketujuh bagi tahun 2022 hari ini.
Muhyiddin berkata berdasarkan laporan KKM itu tadi, MPN juga berpuas hati bahawa KKM yang telah bersedia menghadapi apa sahaja bentuk kemungkinan sekiranya wabak berkenaan muncul kembali.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, menerusi mesyuarat itu, MPN juga bersetuju dengan saranan KKM bagi mempertingkatkan pengawasan dan advokasi mengenai monkeypox termasuk mempertingkatkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa negara.
Katanya, bagi pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan monkeypox, mereka dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.
“Pengembara bukan warganegara yang tiba dari negara terbabit akan menerima mesej kesihatan pop-naik setiap hari untuk mengingatkan mereka agar memantau gejala jangkitan monkeypox dan status kesihatan.
Selain itu, memberikan nasihat kesihatan kepada pengembara Malaysia ke negara-negara yang terdapat kejadian monkeypox terutamanya di Afrika Tengah dan Afrika Barat,”katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pusat kemudahan kesihatan agar peka dengan situasi semasa monkeypox serta meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jangkitan monkeypox kini adalah Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).
Katanya sebanyak sembilan kes disyaki cacar monyet telah dinotifikasi kepada KKM setakat 23 Julai dan kesemuanya disahkan negatif.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests