Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kiri) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 hari ini. – Bernama
NILAI: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan RM297.14 juta kepada individu yang berkelayakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata peruntukan menerusi 30 skim bantuan itu termasuk dari aspek kesihatan, makanan, saraan bulanan dan pendidikan dengan setakat ini lebih 30,200 ketua keluarga dibantu MAIWP pada setiap bulan.
“Dalam hal ini, peningkatan ini bukanlah benda yang patut kita gembira maka saya minta supaya agensi di bawah MAIWP terutamanya menggunakan pendekatan yang kita tak boleh cadang semata-mata, kita beri ‘ikan’ kita perlu berikan ‘joran’.
“Saya sentiasa memberikan peringatan kepada semua ketua agensi supaya turun padang mencari orang susah dan kurangkan segala jenis birokrasi yang menyusahkan masyarakat. Agensi Islam mesti membantu umat Islam dalam rangka kemampuan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 kali ke-9 di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang Jun lepas juga, pihaknya telah mengagihkan sebanyak RM40.84 juta melalui Program Musa’adah Agensi Islam di seluruh negara bagi membantu masyarakat berdepan kesan COVID-19 serta peningkatan kos sara hidup.
Dalam pada itu, Idris berkata MAIWP turut memperuntukkan RM40 juta kepada 2,000 asnaf terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan untuk dilatih dalam bidang keusahawanan dengan masing-masing diberikan modal berjumlah RM20,000 setiap seorang bermula tahun ini.
Beliau berkata setakat ini, seramai 700 asnaf daripada 3,000 yang menerima bantuan tetap daripada MAIWP sudah dikenal pasti dan sekiranya program berkenaan berjaya pihaknya akan menambah jumlah asnaf yang akan diberikan modal berkenaan.
“Kita mahu mereka yang ada potensi untuk bina kemahiran jadi usahawan dengan dilatih oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan kita harapkan dalam empat ke lima tahun nanti mereka pula menjadi pengeluar zakat,” katanya.
Idris berkata MAIWP turut memperkenalkan Program Projek Agro-preneur Asnaf MAIWP di Kompleks Darul Kifayah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur dengan sasaran menanam 21,000 polibeg cili bagi program pertanian bandar selain Yayasan Waqaf Malaysia sedang dalam proses membangunkan empat hektar tanah di Putrajaya untuk program Waqaf Petani dalam kalangan asnaf.
Sementara itu, beliau berkata muzakarah bertemakan ‘Zakat dan Kemiskinan’ itu amat tepat pada waktunya bagi mengemukakan cadangan serta saranan kepada kerajaan termasuk Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bersama agensi mengurus zakat bersesuaian dengan keadaan semasa hari ini.
“Apabila para ilmuan dan para pentadbir kita bersatu dan berpadu, duduk semeja mencari solusi terhadap sesuatu isu, hasilnya akan menjadi lebih baik oleh kerana kita bergabung pemikiran dan idea secara bersama,” katanya.
Beliau berkata pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan umat Islam dan dana zakat yang dimanfaatkan secara optimum penting bagi meningkatkan kualiti orang Islam. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager