Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI WARGA ASING MAUT DIPERCAYAI JATUH DARI KONDOMINIUM DI CYBERJAYA 

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA ASING MAUT DIPERCAYAI JATUH DARI KONDOMINIUM DI CYBERJAYA 

Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Cyberjaya, semalam.

Gambar: Sosial Media

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di tepi blok kondominium berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

“Mangsa berusia lingkungan 30-an disyaki terjatuh dari tingkat enam unit kediaman yang didiaminya di bangunan tersebut. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.–BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading