LELAKI WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DALAM KEADAAN DIJERUT
Mangsa yang berusia 71 tahun tinggal bersendirian sejak isterinya meninggal lapan tahun lalu itu ditemukan di atas katil bilik utama dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, manakala lehernya dijerut.
BALING: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam keadaan leher dijerut manakala kedua-dua kaki dan tangannya diikat di rumahnya dekat Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada 3.21 petang memaklumkan mengenai lelaki warga tempatan itu yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa yang berusia 71 tahun tinggal bersendirian sejak isterinya meninggal lapan tahun lalu itu ditemukan di atas katil bilik utama dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, manakala lehernya dijerut.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk pada rumah teres setingkat yang didiami mangsa…tiada rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa namun menerusi rakaman CCTV di rumah jiran, dua suspek lelaki dilihat keluar dari rumah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata berdasarkan rakaman CCTV itu, dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap dipercayai keluar dari rumah mangsa kira-kira pada 3 petang.
“Siasatan turut mendapati seutas rantai emas dan satu bentuk cincin yang dipakai mangsa serta dompet milik mangsa telah hilang…kejadian disyaki bermotifkan samun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Shamsudin berkata susulan kes itu, dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 23 dan 25 tahun ditahan pada 3 pagi tadi untuk membantu siasatan.
“Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Sik pagi ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di talian 04-4708222 atau Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superintenden Tan See Yean di talian 019-6687687 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling itu berkata mangsa dijerut dengan kain pelikat yang dipercayai milik mangsa sendiri termasuk kaki dan tangannya juga diikat menggunakan kain pelikat.
Shamsudin berkata dua lelaki yang ditahan itu pula direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests