Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU LELAKI HEMPAS BATU PADA KEPALA KUCING

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI HEMPAS BATU PADA KEPALA KUCING

Orang awam melihat seekor kucing liar sedang menggelupur serta mulut berlumuran darah dipercayai dianiaya seorang yang tidak dikenali pada 28 Sept lebih kurang jam 11.30 malam.

KOTA SETAR: Polis sedang mengesan suspek yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan mencampak batu ke arah kepala seekor kucing hingga berdarah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya terkesan satu video yang dimuat naik menerusi Twitter memaparkan kejadian penganiayaan haiwan itu pada 30 Sept lalu.

“Polis IPD Kota Setar telah menerima laporan polis dari orang awam yang melihat seekor kucing liar sedang menggelupur serta mulut berlumuran darah dipercayai dianiaya seorang yang tidak dikenali pada 28 Sept lebih kurang jam 11.30 malam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman jika disabitkan kesalahan ialah denda tidak kurang daripda RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Syed Basri berkata kes masih dalam siasatan dan pihaknya sedang dalam usaha untuk mengesan suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Khairolamin Khalid di talian 019-2585884, katanya.—AlHijrah Online 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Kejam! Kucing Menggelupur Tahan Sakit Kena Hentak Dengan Batu | Oh! Media

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading