ROMBAKAN KABINET MUNGKIN BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT – AHMAD ZAHID
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.
Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
“Mesti ada (rombakan). Saya fikir dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.
Ditanya desas-desus bakal dilantik mengetuai Kementerian Dalam Negeri susulan rombakan itu, Ahmad Zahid berkata beliau sedia menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
“Saya pun lihat poster begitu tetapi Perdana Menteri belum bagitahu saya. Sebenarnya kementerian mana pun saya pergi, saya bersedia sebab yang pentingnya Kabinet ini buat keputusan secara konsensus.
“Biarpun saya memegang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi pada waktu yang sama, Perdana Menteri letakkan saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Peringkat Tinggi serta Pasukan Petugas yang melibatkan pelbagai kementerian dan saya lakukan perkara itu demi kepentingan Kerajaan Perpaduan yang ada,” katanya.
Ahmad Zahid juga berkata sebagai Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional, beliau berharap Kementerian Wilayah dan Persekutuan dapat diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet terbaharu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2018 di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau turut memutuskan untuk menjelajah ke semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara bagi mengupas isu berkaitan parti termasuk yang melibatkan perundangan dan politik.
“Ini penting, biar mereka (ahli UMNO) datang dan dengar sendiri penjelasan daripada saya dan pasukan yang mengenai aspek politik, perundangan serta beberapa isu lain… komunikasi melalui pendekatan tanpa lisan sangat penting, lebih penting jika ada sentuhan peribadi melalui komunikasi lisan melalui pemimpin utama organisasi,” katanya sambil menambah beliau komited untuk bertemu dengan ahli parti di setiap bahagian melalui pendekatan konservatif itu walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.