Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LENGKAP VAKSIN: AKTIVITI SUKAN, RIADAH, PERKELAHAN DAN PERKHEMAHAN DIBENARKAN

DALAM NEGARA

LENGKAP VAKSIN: AKTIVITI SUKAN, RIADAH, PERKELAHAN DAN PERKHEMAHAN DIBENARKAN

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan bagi semua negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya.

Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran tersebut diberikan kepada individu lengkap divaksinasi dan aktiviti tersebut hanya boleh dilakukan di dalam daerah yang sama sahaja, mula berkuat kuasa pada Jumaat 20 Ogos.

“Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam,” jelasnya.

Antara aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Dalam pada itu, aktiviti perkelahan dan perkhemahan turut dibenarkan dengan penyertaan anak-anak berusia 17 tahun ke bawah yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Jelas Muhyiddin, vaksinasi individu dikira lengkap hanya selepas 14 hari suntikan dos kedua Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KELONGGARAN DIUMUM UNTUK BANTU EKONOMI, BUKAN BERMAKSUD SELAMAT – KP KESIHATAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading