LETUPAN KUAT GEGAR BEIRUT

Video tular di media sosial menunjukkan letupan kuat dan gegaran susulan luar biasa di Beirut

BEIRUT: Angka kematian diramal meningkat susulan letupan kuat yang disifatkan luar biasa di ibu negara Lubnan, Beirut.

Setakat laporan ini ditulis, sekurang-kurangnya 78 terbunuh manakala lebih 4,000 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di pelabuhan yang terletak di bandar berkenaan.

Sumber imej: Twitter

Menerusi video-video yang tular di media sosial, kelihatan letupan yang amat dahsyat berlaku, disusuli gumpalan awan gelap yang dapat dilihat dari jarak jauh.

Pihak berkuasa dilapor mengesahkan punca insiden disebabkan tindak balas 2,750 tan ammonium nitrat yang berlaku di sebuah gudang penyimpanan yang wujud sejak enam tahun lepas.

Sumber imej: Twitter

Banyak bangunan sekitar musnah teruk, manakala hospital mulai sesak dengan ribuan pesakit yang memerlukan rawatan segera akibat kecederaan.

Bekalan darah amat kritikal saat ini, selain keperluan asas seperti generator.

Sumber imej: Twitter

Perdana Menteri Hassan Diab berikrar mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan atas insiden malang ini.

Laporan lanjut menyusul. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi

Leave a Reply