MEMANG tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dalam budaya harian masyarakat Malaysia ramai orang yang gagal membezakan antara logik dan kebenaran. Logik pada asalnya adalah sesuatu yang diterima sebagai peraturan umum kerana ia didasarkan kepada sesuatu prinsip dan dibentuk secara formal.
Bagi mereka yang prihatin dengan kebenaran sesuatu logik, rujukan yang munasabah dan maklumat yang boleh dipercayai adalah penting untuk menilai kualiti logik tersebut.
Namun dewasa ini keghairahan masyarakat untuk meneliti dan menilai maklumat semakin berkurangan, mencabar dan sukar kerana letusan maklumat yang berlaku pada setiap detik tanpa henti memenuhi setiap ruang media dan alam siber.
Kesannya, kebanyakan orang tidak lagi peka atau mempunyai masa dan kepakaran untuk menilai sesuatu logik dari sudut kebenaran.
Sebaliknya mereka lebih mudah dan berpuas hati untuk menerima logik dari sudut kecenderungan diri dan ideologi kumpulan. Siapa yang perlu disalahkan? Penyebar maklumat yang tidak beretika atau penerima maklumat yang berkecenderungan?.
Budaya mempercayai logik yang tidak disandarkan kepada kebenaran dikhuatiri akan merosakkan minda serta pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda.
Jika dilihat dari sudut pembudayaan pemikiran dan sikap serta tindakan, amat jelas bahawa dalam dunia yang serba pantas dan asimetrikal ini, mewajarkan logik dan menerimanya bulat-bulat sudah menjadi new normal sehingga ia bukan lagi menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.
Dikhuatiri jika pembudayaan ini berterusan ramai rakyat negara ini akan gagal membezakan antara logik dan kebenaran. Apabila ini berlaku, pihak yang paling pantas menularkan maklumat dan mereka yang paling berpengaruh, beraura serta berkarisma akan menguasai pemikiran masyarakat walaupun maklumat yang disebar adalah palsu, fitnah dan dusta.
Ketika itu dimana letaknya kebenaran? Apakah kesannya kepada kehidupan harian apabila kepalsuan dianggap kebenaran? Dan yang paling penting apakah kesannya kepada psikologi generasi muda yang dicorak dan dibentuk dengan logik tanpa kebenaran?
Punca yang merangsang seseorang untuk melogikkan kepalsuan adalah jelas, tetapi mengapa si penerima maklumat turut terpalit dalam tindakan seperti ini?
Jika ditanya mengapa mereka bertindak sedemikian, kebanyakan dari mereka akan memberikan alasan pseudo-fakta untuk mewajarkan tindakan yang diambil.
Tidakkah mereka memikirkan bahawa dengan sikap seperti ini, kredibiliti, reputasi dan maruah mereka akan tercalar? Mereka mungkin tidak sedar bahawa dengan mempercayai logik semata-mata tanpa menilai kebenaran mengenai sesuatu berita akan menyebabkan mereka dianggap kurang matang, kurang bijak membuat penilaian, dan mudah dimanpulasi serta dieksploitasi.
Persoalannya, mengapa seseorang merelakan dirinya untuk dimanipulasi dan dieksploitasi dengan hujah-hujah logik? Dari sudut Cognitive Dissonance Psychology, seseorang akan mewajarkan tindakan untuk memuaskan dirinya walaupun tindakan tersebut bertentangan dengan realiti kerana hasil dari ketidakseimbangan minda.
Faktor yang mempengaruhi tindakan seseorang ialah imej diri atau identiti diri yang hanya menerima sesuatu yang selari dengan kecenderungan dirinya.
Kesannya, individu ini akan menterjemahkan ketidak seimbangan minda ke dalam tindakan untuk mempertahankan egonya. Suasana seperti ini akan mengukuhkan proses mewajarkan tindakan walaupun ia bertentangan dengan kebenaran. Contoh paling mudah ialah mengenai pelbagai gelaran negatif yang dilemparkan terhadap orang Melayu.
Sering kedengaran ungkapan pseudo-fakta yang mengatakan Melayu malas, Melayu bodoh dan Melayu lembab. Sejarah label ini belum dibuktikan dengan betul dan tepat, namun ia sudah diterima sebagai satu hakikat yang melambangkan sikap dan budaya orang Melayu. Adakah kerana keadaan ekonomi orang Melayu yang agak ketinggalan maka segala label ini layak disinonimkan dengan sikap bangsa Melayu?
Jika Melayu benar-benar malas dan bodoh masakan ramai anak bangsa Melayu boleh berjaya di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Jika ada yang mengatakan Melayu malas dan lembab, tidakkah mereka sedar bahawa agensi tentera, polis, bomba, perguruan dan perubatan dikuasai oleh orang Melayu.
Adakah orang Melayu yang menjadi tunjang dan memastikan negara ini berada dalam keadaan aman, damai dan sejahtera dalam pelbagai aspek layak dilabel sebagai bodoh, malas dan lembab?
Logik tidak semestinya fakta kerana logik hanya satu bentuk penjelasan yang boleh diterima oleh akal walaupun ia bukan satu kebenaran.
Sementara kebenaran tidak bergantung kepada logik untuk memberi kesan terhadap realiti kehidupan seseorang. Namun demikian ramai orang secara membabi buta menerima logik sebagai kebenaran.
Kesan dari pemikiran seperti ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi serta cuai dalam membuat pertimbangan atau keputusan.
Marilah sama-sama kita fikirkan, dimana kedudukan kita sebagai umat Islam jika hanya logik yang dijadikan pautan dan rujukan tanpa bersandarkan kepada kebenaran Ilahi?
* Dr. Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests