LORI TANGKI LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH REMPUH BAS, SEORANG KANAK-KANAK MAUT
Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tangki itu dipercayai gagal mematuhi isyarat lampu merah mengakibatkan berlaku rempuhan di bahagian sebelah kanan bas berkenaan yang sedang menghala keluar dari simpang empat di bandar Chaah.
Keadaan kemalangan antara sebuah bas dan lori tangki yang meragut nyawa seorang kanak-kanak di Bandar Chaah, Segamat, pagi ini.
SEGAMAT: Sebuah lori tangki yang gagal mematuhi lampu isyarat merah menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat di Kilometer 138.3 Jalan Johor Bahru-Seremban, Bandar Chaah di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu membabitkan sebuah lori tangki dipandu lelaki berusia 62 tahun dengan sebuah bas henti-henti.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori tangki jenis Scania yang datang dari arah Segamat menghala ke Johor Bahru.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tangki itu dipercayai gagal mematuhi isyarat lampu merah mengakibatkan berlaku rempuhan di bahagian sebelah kanan bas berkenaan yang sedang menghala keluar dari simpang empat di bandar Chaah.
“Penumpang bas yang duduk di bahagian tengah sebelah kanan bas, M Iswaran berusia 10 tahun maut akibat cedera parah di kepala,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Beliau berkata, pemandu lori itu turut cedera parah di kepala serta badan dan kini sedang menerima rawatan di bahagian kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS).
“Pemandu bas berusia 59 tahun juga cedera parah dan dirawat di hospital sama, termasuk dua penumpang wanita berusia 23 tahun 49 tahun,” katanya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) di talian 07-9325811,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked