LOW YET CENTRE MAHU LEBIH DIKENALI

KUALA LUMPUR: Usaha mengembangkan sesebuah perniagaan bukan satu tugas mudah namun ia tidak mustahil dengan keazaman, kerja keras, serta kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Semangat itu dipegang pengasas Low Yet Centre, Anwaruddin Sulaiman yang mengusahakan perniagaan dan perkhidmatan elektronik komputer.
Ketika ini Low Yet Centre beroperasi di Muar, Johor dengan menawarkan perkhidmatan menjual barangan komputer serta servis peralatan itu.
Kepakaran Anwaruddin dalam bidang elektronik, banyak membantu pelanggannya menyelesaikan masalah berkaitan komputer yang rumit dan anak muda itu juga ketika ini sedang melajutkan pengajian doktor falsafah (Phd) bagi menambah pengetahuan dan kepakaran.
Anwaruddin mempunyai visi yang besar untuk mengembangkan syarikatnya dengan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan dikenali ramai.
Prestasi syarikat yang baik telah menyaksikan Low Yet Centre menerima Anugerah Jenama Dipercayai oleh World Muslimpreneur.

Anugerah terbabit menjadi motivasi tinggi buat Anwaruddin untuk terus mengembangkan perniagaannya dan membawa syarikatnya mencapai tahap yang tinggi. – AlHijrah Online