MACAU SCAM: 12 INDIVIDU DITAHAN MEMBABITKAN PENIPUAN RM11 JUTA

IPOH: Seramai 12 individu termasuk empat wanita warga tempatan direman kerana disyaki terlibat dalam kegiatan Macau Scam yang membabitkan kerugian berjumlah RM11 juta.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan Hakim N. Priscilla Hemamalini bermula hari ini hingga 23 Disember di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Kesemua 12 individu tersebut antara 22 warga tempatan yang ditangkap dalam satu operasi khas di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Oktober lalu.

Tangkapan dilakukan susulan laporan polis daripada seorang mangsa yang mengalami kerugian berjumlah RM67 ribu selepas menerima panggilan daripada suspek, pada 19 Oktober lalu.

Terdahulu, sindiket itu dipercayai beroperasi selama dua tahun dan bertanggungjawab ke atas 76 kes penipuan sindiket Macau Scam.

Kumpulan terbabit dipercayai melakukan aktiviti penipuan di luar negara sebelum kembali ke Malaysia, dengan menyasarkan mangsa warga tempatan.–AlHijrah Online

Leave a Reply