MADAD RANCANG WUJUDKAN AKADEMI SILAT

SUNGAI PETANG: Murtadha Dakwah Centre (MADAD) merancang untuk mewujudkan akademi silat tidak lama lagi yang bertujuan memartabatkan lagi seni mempertahankan diri orang melayu itu.

Pengarah Urusannya, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata penubuhan akademi itu juga bagi melahirkan generasi berdisplin, cergas dan berkemahiran sosial.

“Jasad tubuh yang kuat perlu ada dalam diri orang Muslim untuk memperjuangkan agama Islam seperti berdakwah, beribadah dan macam-macam lagi.

“Oleh itu amat penting untuk umat Islam menjaga kesihatan melalui permakanan dan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti seni mempertahankan diri,” katanya.

MADAD pada Jumaat lalu menghimpunkan pencinta seni silat melalui program MADAD Sunnah Fest yang diadakan di Sungai Petani.

Himpunan itu turut menampilkan Juara Dunia dan Pesilat Negara Mohd Al Jufferi Jamari serta aktivis Yusuf Azmi.

Penganjuran himpunan itu sebahagian dari usaha MADAD untuk menarik minat golongan muda menyertai seni bela diri silat.

Program terbabit turut diselitkan dengan ceramah motivasi menyemai perasaan cinta terhadap bangsa, agama, dan negara selari dengan tuntutan dalam Islam.

Bersempena MADAD Sunnah Fest, turut dianjurkan Pertandingan Memanah Terbuka MADAD yang disertai lebih 500 peserta.

Seramai 10 peserta terbaik pertandingan memanah itu ditawarkan biasiswa penuh untuk belajar di Maahad Integrasi MADAD dan dilatih di Akademi Memanah MADAD agar mampu menjadi atlet profesional satu hari nanti.

Komitmen MADAD terhadap sukan sunah dapat dilihat melalui pembangunan Murtadha Dakwah Centre iaitu sebuah pusat komuniti Islam yang dilengkapi masjid dan hub sukan sunah.

Selain itu Murtadha Dakwah Centre turut mempunyai rumah warga emas, pusat tahfiz integrasi, kapsul hotel, stadium e-sports, serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.

Untuk mereka yang mahu bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online

Leave a Reply