Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR OKU TERSEPIT KAKI PADA PENUTUP LONGKANG

DALAM NEGARA

PELAJAR OKU TERSEPIT KAKI PADA PENUTUP LONGKANG

Bomba hari ini berjaya menyelamatkan seorang murid perempuan sekolah menengah yang kaki kirinya tersepit pada penutup longkang.

KUALA LUMPUR: Bomba hari ini berjaya menyelamatkan seorang murid perempuan sekolah menengah yang kaki kirinya tersepit pada penutup longkang.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, kejadian melibatkan pelajar yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 16 tahun itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pagi tadi sebelum menghantar jentera ke lokasi kejadian bersama tujuh pegawainya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian terdapat seorang pelajar perempuan OKU tersepit kaki kiri di dalam penutup longkang.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki pelajar tersebut dengan menggunakan peralatan power unit dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading