MAIS TERUS DAKWAH KOMUNITI LGBT

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus berdakwah kepada komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui program Kembara Mahabbah Komuniti Disayangi yang diadakan di Kelantan selama tiga hari bermula 21 Feb lalu.

Seramai 29 peserta dari kalangan komuniti LGBT mengikuti program MAIS yang dijalankan Bahagian Pemulihan Riqab di Masjid Beijing, Masjid Sultan Ismail Petra, Muzium Islam Kelantan dan Pondok Maahad Diniah Pasir Tumbuh.

Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail berkata program itu bertujuan memberi pendedahan ilmu agama dan aspek kesihatan, selain menghilangkan prasangka negatif dalam kalangan komuniti LGBT.

“Program ini diharapkan dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap komuniti ini dalam membantu menjadi Muslim yang taat pada agama dan berjaya di masa akan datang,” kata Suhaimi dalam kenyataan dimuatnaik di Facebook MAIS.

Antara aktiviti dijalankan sepanjang program itu adalah solat berjemaah, tazkirah agama, slot kuiz agama dan sesi muhasabah diri. – AlHijrah Online

Leave a Reply