MAIWP ANJUR PROGRAM KHATAN PERDANA BANTU 500 KANAK-KANAK KURANG BERKEMAMPUAN
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM75,000 kepada Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) untuk proses berkhatan bagi 500 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dalam Program Khatan Perdana MAIWP tahun ini.
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM75,000 kepada Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) untuk proses berkhatan bagi 500 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dalam Program Khatan Perdana MAIWP tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sumbangan berkenaan bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan kerana kos berkhatan di klinik ialah RM150 seorang.
“Nilai ini agak tinggi bagi keluarga yang tidak berkemampuan, jadi bertepatan dengan program yang diadakan pada hari ini, MAIWP membantu meringankan beban ibu bapa (untuk mengkhatankan anak mereka) yang merupakan tuntutan agama.
“Saya difahamkan sebanyak 100 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun berkhatan hari ini,” katanya ketika berucap pada Program Khatan Perdana MAIWP di sini hari ini.
Beliau berkata sumbangan itu meliputi bantuan peralatan dan bahan pakai buang sebanyak RM40,000 dengan pembiayaan seorang peserta khatan sebanyak RM80 dan bantuan saguhati kepada petugas perubatan berjumlah RM35,000 melibatkan 500 petugas perubatan.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd. Nizam Yahya.
MAIWP memaklumkan pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 kanak-kanak untuk menyertai program itu tahun depan, susulan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengadakan lawatan Program Ziarah Asnaf ke tiga rumah di Flat Taman Seri Sentosa bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara bantuan yang diberikan pada lawatan itu ialah bantuan kewangan bulanan (RM600), peralatan persekolahan (RM800), bantuan am persekolahan (RM1,700), keperluan asasi (RM300) dan perubatan am (RM303 hingga RM3,360).
“Dua keluarga yang saya lawati ialah mereka yang mempunyai anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU), jadi saya harapkan ziarah asnaf ini dapat memberi peluang kepada saya untuk mengenali keluarga ini bagi mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar sekiranya ada bantuan lain yang diperlukan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager