Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DISYAKI DITOLAK TEMAN LELAKI DARI TINGKAT 23 KONDOMINIUM

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DISYAKI DITOLAK TEMAN LELAKI DARI TINGKAT 23 KONDOMINIUM

Seorang wanita maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, dekat Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM: Seorang wanita maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.02 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa merupakan wargangegara Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.

“Menurut saksi, semasa kejadian terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut.

“Suspek iaitu lelaki warga tempatan berusia 37 tahun ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis kanabis, katanya.

“Suspek akan direman pada pagi ini (29 Feb) di Mahkamah Shah Alam.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading