Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2023 DIBUKA 1 MAC 2024

DALAM NEGARA

PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2023 DIBUKA 1 MAC 2024

Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Gambar fail. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai menggunakan perhidmatan e-filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my untuk tujuan tersebut.  

“Pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023,” menurut kenyataan itu.

Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf (versi Bahasa Melayu) dan https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf (versi Bahasa Inggeris).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading