Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB PERTIMBANG SEMUA PILIHAN UNTUK BAWA MASUK BANTUAN KE GAZA TERMASUK PAYUNG TERJUN

DUNIA

PBB PERTIMBANG SEMUA PILIHAN UNTUK BAWA MASUK BANTUAN KE GAZA TERMASUK PAYUNG TERJUN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengulangi keperluannya untuk lebih banyak akses bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sambil ia melihat semua pilihan lain termasuk menggunakan payung terjun (air-drop).

Sumber Gambar: AFP

TORONTO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengulangi keperluannya untuk lebih banyak akses bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sambil ia melihat semua pilihan lain termasuk menggunakan payung terjun (air-drop).

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata secara ideal, badan dunia itu memilih jalan raya sebagai pilihan untuk membawa bantuan ke Gaza, lapor Agensi Anadolu. 

“Payung terjun amat mencabar tetapi ia adalah pilihan (untuk WFP) (Program Makanan Sedunia). Secara ideal, kami mahu membawa bantuan melalui jalan raya, kami mahu lebih banyak laluan dibuka, kami mahu lebih banyak pintu masuk dibuka,” katanya semasa sidang media.

Dujarric juga menekankan keperluan untuk meningkatkan penyelarasan antara negara-negara anggota mengenai operasi kemanusiaan.

Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Perancis dan Qatar pada Selasa melaksanakan operasi untuk menggugurkan bantuan ke Gaza dengan pesawat.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh hampir 29,954 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 penduduk lain dengan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading