MAIWP TERUS LAKSANA PROSES PEMUTIHAN PASTIKAN BANTUAN DITERIMA GOLONGAN LAYAK
KUALA LUMPUR: Proses pemutihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan bantuan zakat bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya disalurkan kepada individu selayaknya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan) menziarahi asnaf pada program Ziarah Asbaf bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans kepada Bulan Sabit Merah (BSMM) Kuala Lumpur di Perumahan Awam Sri Selangor hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Proses pemutihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan bantuan zakat bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya disalurkan kepada individu selayaknya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sepatutnya.
“Kalau ikutkan MAIWP, proses pemutihan ini dilakukan secara berterusan, cuma arahan Kabinet berdasarkan program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah arahkan agar proses pemutihan ini dilaksanakan oleh semua institusi zakat.
“Jadi berdasarkan arahan ini, MAIWP pula akan segerakan proses pemutihan yang sedang kita laksanakan, dengan adanya pemutihan ini bantuan dapat diberikan kepada mereka yang selayaknya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Asnaf Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans Kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di sini hari ini.
Dalam pada itu, bagi memastikan kebajikan golongan asnaf khususnya yang berada di bandar mendepani cabaran kos sara hidup yang mencabar ketika ini, MAIWP akan meningkatkan kadar bantuan bulanan yang akan diumumkan Jun depan.
“MAIWP sebelum ini telah menjalankan semakan semula terhadap kadar zakat yang diberikan dan kita juga sudah naikkan kadarnya, tetapi Jun depan kadar yang baharu akan diumumkan,” katanya.
Mengenai Ziarah Asnaf, Mohd Na’im berkata program itu akan dilaksanakan setiap bulan bagi memberi peluang kepadanya untuk menyantuni asnaf penerima bantuan MAIWP serta memastikan kebajikan dan keperluan golongan berkenaan terjaga.
“Melalui program turun padang seperti ini, kita dapat jumpa golongan susah yang diuji Allah SWT dengan ujian kesihatan, kewangan dan sebagainya. Selain memberikan motivasi kepada mereka, saya turut berpeluang mendoakan mereka disamping memaklumkan mengenai bantuan-bantuan baharu yang ada.
“Contohnya seorang daripada asnaf yang kita santuni tadi, dia tidak tahu pun mengenai e-dompet RM300 yang diberikan MAIWP. Dalam ziarah hari ini juga, kita akan minta pegawai pusat kesihatan berdekatan untuk lawat ke rumah seorang daripada asnaf dan berikan surat perubatan berkaitan keadaan anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.
Ziarah Asnaf hari ini membabitkan tiga rumah di Perumahan Awam Seri Selangor dengan menyantuni Mohamad Fazlim Sha’ri, Jamsiah Mohd Said dan Mohamad Fadli Dahalim.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata MAIWP setakat ini telah menyalurkan RM620,000 kepada Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) melalui Bantuan Penubuhan Pusat Fisioterapi MAIWP bagi membolehkan golongan asnaf dan B40 yang terlibat kemalangan atau selepas menjalani pembedahan mendapatkan rawatan fisioterapi percuma. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked