Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJIKAN SWASTA DIGESA BERI PELEPASAN CUTI AM PADA JUMAAT, SABTU INI

DALAM NEGARA

MAJIKAN SWASTA DIGESA BERI PELEPASAN CUTI AM PADA JUMAAT, SABTU INI

Pihak majikan sektor swasta digesa untuk mempertimbangkan pelepasan cuti am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memberi peluang kepada pekerja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menggesa pihak majikan sektor swasta mempertimbangkan pelepasan cuti am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memberi peluang kepada pekerja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau berkata hal ini bagi memenuhi tujuan dan hasrat pemberian hari kelepasan itu oleh kerajaan Persekutuan dalam menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Katanya, cuti umum itu diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang merupakan cuti am diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

“Menurut peruntukan ini, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti am bergaji kepada pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Saravanan berkata majikan dikehendaki memaklumkan kepada pekerja sama ada memilih tarikh pada 18 dan 19 Nov sebagai hari cuti am atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh berkenaan layak menerima kadar gaji bagi cuti am, katanya.

Kerajaan mengumumkan cuti umum di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu ini untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi, manakala negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan maka Ahad, 20 Nov ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading