PRU-15: JOHOR, KELANTAN UMUM CUTI GANTIAN AHAD INI
Kerajaan Johor dan Kelantan, masing-masing hari ini mengumumkan cuti gantian pada 20 Nov (Ahad) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor dan Kelantan, masing-masing hari ini mengumumkan cuti gantian pada 20 Nov (Ahad) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian cuti tersebut adalah atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan menggantikan hari kelepasan am Jumaat ini kepada Ahad.
“Setelah mendapat perkenan Sultan Johor, kerajaan negeri bersetuju untuk menggantikannya dengan cuti gantian pada 20 Nov ini iaitu Ahad,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi.
Onn Hafiz berkata cuti gantian tersebut juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab.
“Percayalah, setiap undi anda akan memastikan proses demokrasi dan pembangunan negara terus berkembang. Ini adalah demi kesejahteraan hidup rakyat Johor dan Malaysia amnya, melangkaui lima tahun akan datang,” katanya.
Di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas yang mengumumkan 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersidang pada hari ini bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 18 dan 19 Nov 2022 (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Kelantan.
“Memandangkan Hari Kelepasan Am tersebut jatuh pada hari Kelepasan Mingguan bagi negeri Kelantan iaitu pada Jumaat dan Sabtu, maka hari berikutnya iaitu Ahad, 20 Nov 2022, dijadikan Hari Kelepasan Am,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad berkata perkara berkenaan adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 7 Tahun 1996.
Ismail Sabri pada Isnin lepas mengumumkan 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak melepaskan tanggungjawab kepada negara.
Perdana Menteri memaklumkan 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari sempena PRU15, bagi memudahkan pengundi pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Tol percuma tersebut akan bermula dari 12.01 tengah malam 18 Nov (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 Nov melibatkan semua kenderaan jenis persendirian, Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (19 Nov) sebagai hari pengundian.
Di KUALA TERENGGANU, kerajaan negeri turut mengumumkan 20 Nov ini sebagai cuti gantian sempena PRU15 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata keputusan itu dibuat memandangkan hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Terengganu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.
“Maka hari kelepasan am yang jatuh pada 19 Nov akan digantikan pada hari berikutnya iaitu 20 Nov, selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager