MALAYSIA AKAN HANTAR WAKIL KE PERSIDANGAN PBB BINCANG ISU PALESTIN – PM ANWAR
Malaysia akan menghantar wakil bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu depan, yang bertujuan membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) menunaikan solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Cheras hari ini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar wakil bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu depan, yang bertujuan membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong usaha Perancis dan Arab Saudi yang mengambi inisiatif untuk mengadakan persidangan berkenaan.
“Mana-mana negara berhak hadir untuk kemukakan pandangan mereka, terutamanya mengenai keadilan bagi Palestin dan Gaza, itu pandangan kita.
“…dan saya menyokong inisiatif Putera Mahkota Arab Saudi (merangkap Perdana Menteri Arab Saudi) Mohammed bin Salman dan Presiden Perancis Emmanuel Macron bagi inisiatif ini (adakan persidangan bagi mencari penyelesaian isu Palestin),” katanya ketika ditemui pemberita usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di Cheras hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia supaya tidak menghadiri persidangan PBB itu.
Laporan itu antara lain menyatakan bahawa Washington menegaskan mana-mana negara yang mengambil pendirian menentang Israel akan dianggap bertentangan dengan dasar luar Amerika Syarikat dan mungkin berdepan akibat diplomatik.
Selain itu, laporan sama turut menyatakan Amerika Syarikat menzahirkan penolakan terhadap sebarang pengiktirafan unilateral terhadap negara Palestin.
Sementara itu ditanya sama ada beliau sendiri akan menghadiri persidangan berkenaan yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 20 Jun ini, Anwar berkata, “saya sendiri, mungkin tidak”.
Dilaporkan, Perancis dan Arab Saudi adalah penganjur utama persidangan berkenaan, dengan Paris dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin secara unilateral. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager